Selamat Datang ke Blog PS SMKSB

Selamat Datang ke Blog PS SMKSB
Motto Pusat Sumber

Friday, September 4, 2009

LENCANA SEKOLAH



LENCANA SEKOLAH

Lambang-lambang pada lencana sekolah

Buku:

Lambang ketinggian ilmu pengetahuan

Lilin:

Cahaya penyuluh jiwa

Dua gelang berbentuk heksagon:

12 orang tenaga pengajar berkhidmat di Sekolah Menengah Sungai Burong

Padi:

Pelajar-pelajar terdiri daripada anak-anak petani yang bersawah padi

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Warna-warna pada lencana sekolah

Merah: Keberanian

Biru: Perpaduan

Kuning: Raja

Putih: Kesucian

PIAGAM PELANGGAN SMK SUNGAI BURONG

PIAGAM PELANGGAN

Penyayang,prihatin,pembimbing untuk merealisasikan visi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kecemerlangan ilmu dan berbudi pekerti tinggi,maka kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menyempurnakan hak –hak pelanggan kamiseperti berikut:-

Kepada pelajar:

Memberi peluang serta layanan yang adil kepada semua pelajar untuk memperkembangkan potensi diri melalui pendidikan dan prasarana yang berkualiti.

Kepada guru dan staf:

Menyediakan suasana kerja yang selesa dan memberangsangkan untuk melahirkan guru dan pekerja yang berdedikasi ,kreatif dan inovatif.

Kepada ibu bapa,penjaga dan masyarakat:

Memberi layanan yang mesra dan cekap di samping prihatin terhadap sebarang pandangan dan maklum balas.

VISI, MISI , MOTTO SMK SUNGAI BURONG

VISI SMKSB

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BURONG SEKOLAH GEMILANG MENJELANG 2011

MISI SMKSB

MELAKSANAKAN PROSES PENDIDIKAN YANG BERKUALITI (SELARAS DENGAN STANDARD KUALITI DAN PENDIDIKAN MALAYSIA) DENGAN MENGGEMBLENG KEKUATAN SEMUA GURU, KAKITANGAN SOKONGAN DAN KEMUDAHAN FIZIKAL SEDIA ADA UNTUK MEMAJUKAN POTENSI SETIAP PELAJAR AGAR MEREKA DAPAT MELALUI KEHIDUPAN YANG SEJAHTERA PADA MASA HADAPAN

MOTTO SMKSB

BERUSAHA KE ARAH BERILMU

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH


Gedung ilmu yang utama

Jadi harapan semua

Putra putri setia

Sekolah kami yang tercinta

Penyinar dalam kegelapan

Pengisi kekosongan jiwa

Penyedar nadi harapan

Pemupuk dan penyedar rasa

Menuju cita jaya

Belajar tekun sepenuh usaha

Tak gentar pancaroba

Berkhidmat dan berjasa

Usaha hingga maju

SMSB terus berjaya

Usaha ke arah ilmu